Khamis, 24 Mei 2012

MELABUHKAN TIRAI LIGA SUBANG 2011/2012

KELANA JAYA, 20 MAY, Dengan ini berlabuhnya tirai Liga Subang bagi Musim Ketiga 2011/2012. Perlawanan akhir Liga Super dan Perdana dilansungkan di Stadium MBPJ Kelana Jaya. Sekalong tahniah ke pada Penaung Liga Subang dan BFC, YB Dato’ Ir. Muhammad Bushro Mat Johor, tidak dilupakan juga Pengerusi BFC Saudara Anuar Attan dan juga Urusetia dari FAS.


Liga Super, perlawanan ini SIA RRI FC telah menundukkan KS Ara Indah dengan jaringan yang amat besar sekali 7-1. dalam perlawanan ini SIA banyak menguasai padang sehingga menundukkan KSAI.



Liga Perdana, penyandang Juara Piala FA Liga Subang musim ini  PJFC telah ditewaskan oleh Juara Liga Perdana musim kedua M-PAYA FC. Perlawanan ini amat senget sekali, akhirnya PJFC terpaksa akur tewas 0-1 ditangan M-PAYA.

PIALA SUMBANGSIH 2011/2012
  • SIA RRI FC [JUARA]
  • PJBB FC [NAIB JUARA]
PIALA FA 2011/2012
  • PJFC [JUARA]
  • PJBB FC [NAIB JUARA]
PIALA LIGA SUPER
  • SIA RRI FC [JUARA]
  • KAS ARA INDAH FC [NAIB JUARA]
PIALA LIGA PERDANA
  • M-PAYA FC [JUARA]
  • PJFC [NAIB JUARA]
FAIR PLAY LIGA SUBANG 2011/2012
LIGA SUPER
·        KG MELAYU SBFC
LIGA PERDANA
·        UNICE ARA FC

Pemenang penjaring terbanyak adalah seperti berikut:-

LIGA SUPER
Kasut Emas      :           Sharifuddin Bin Md Basar
                                    Dari pasukan HYFAC FC
                                    Dengan jaringan 9 Gol.

Kasut Perak     :           Izzairie Bin Idris
                                    Dari pasukan CRT Team FC
                                    Dengan jaringan 9 Gol.

Penentuan kasut emas bagi Liga Super adalah berdasarkan mata dalam liga, kerana kedua-duanya jaringan dan juga kedudukan dalam Liga adalah sama.

LIGA PERDANA
Kasut Emas      :           Muhammad Nazrin Bin Mohammed Amir
                                    Dari pasukan Subang City FC
                                    Dengan jaringan 10 Gol.

Kasut Perak     :           Mohd Ikram Bin Yahya
                                    Dari pasukan PJFC
                                    Dengan jaringan 8 Gol.

MAJULAH SUKAN UNTUK ANAK-ANAK MUDA SUBANG.




Ahad, 13 Mei 2012

BERITA TERKINI

12 MAY, SABTU, pihak Admin Blog telah menerima berita pada jam 11.02pm bahawa salah seorang pemain dari Subang City FC telah dimasukan kedalam Pusat Perubatan Universiti Malaya [PPUM] berada di bilik No.1, tingkat 3, iaitu Saudara Muhd Azwan. Beliau telah disuspek jangkitan virus kencing tikus. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau dalam keadaan stabil.

Khamis, 10 Mei 2012

REVIEW FINAL LIGA SUBANG

REVIEW FINAL LIGA SUBANG BAGI MUSIM KETIGA 2011/2012

Perlawanan akhir Liga Subang akan di jalankan pada 20hb. May 2012 bertempat di Stadium MBPJ, didahului dengan perlawanan Liga Perdana jam 5.00pm dan disusuli dengan perlawanan Liga Super jam 3.30pm.

LIGA PERDANA

PJFC menentang  M-PAYA FC.

PJFC
Pasukan ini adalah pasukan yang baru memasuki Liga Subang bagi musim ketiga ini, telah menunjukkan satu kecemerlangan dalam Liga Subang.

Pasukan ini juga telah menjuarai Piala FA Liga Subang bagi musim ketiga 2011/2012, dan telah juga menjuarai Kumpulan ‘A’ Liga Perdana.

M-PAYA
M-PAYA telah menjuarai Liga Perdana bagi musim kedua 2010/2011, adakah pasukan ini akan berjaya mempertahakan kejuaraan bagi musim ketiga ini?

M-PAYA telah menduduki tangga ketiga dalam Liga Perdana kumpulan ‘B’.



LIGA SUPER

SIA RRI FC menentang KS ARA INDAH FC

SIA RRI FC
SIA RRI FC telah menjuarai Piala FA Liga subang bagi Musim 2009/2010, dan awal musim ketiga ini SIA RRI FC telah menjuarai Piala Sumbangsih Liga Subang bagi musim ketiga 2011/2012.

SIA juga telah menduduki naib juara Kumpulan ‘B’ Liga Super bagi musim ini.

KS ARA INDAH FC
Pasukan ini hanya menduduki tangga keempat dalam Kumpulan ‘A’ Liga Super musim ini, mampu meneruskan sehingga keperingkat akhir Liga Subang bagi musim ketiga ini.


Rabu, 9 Mei 2012

PERLAWANAN AKHIR LIGA SUBANG




PERLAWANAN AKHIR LIGA SUBANG
BAGI MUSIM KETIGA 2011/2012
20HB. MAY 2012 STADIUM MBPJ


LIGA SUPER

VS. 
3.30PM
 SIA RRI FC
KS ARA INDAH FC 


LIGA PERDANA

 VS.
5.00PM
 PJFC
 M-PAYA FC




Rabu, 2 Mei 2012

SEPARUH AKHIR LIGA SUBANG

RRI, 1 MAY, telah selesai perlawana separuh akhir Liga Subang (Super dan Perdana) hari ini. Ramai penyokong-penyokong yang hadir pada hari ini untuk memberi semangat pada pasukan-pasukan mereka.


SUPER, SIA RRI dan KS Ara Indah telah berjaya melayakkan diri kepringkat akhir Liga. SIA telah menewaskan ILMAR dengan 2 berbalas 1, manakala KS Ara Indah telah menewaskan PJBB dengan 1-0.

ILMAR telah mendahului dengan 1 jaringan, sehingga tamat separuh masa pertama. Manakala SIA mengasak ILMAR dalam separuh masa kedua sehingga pertahanan ILMAR runtuh. Dalam separuh masa kedua SIA berjaya menundukkan ILMAR dengan 2 jaringan.


Perlawanan antara PJBB dengan KS Ara Indah, PJBB banyak menguasai padang namun KSAI berjaya mengambil kesempatan apabila pemain-pemain PJBB agak tertekat dengan cara permainnan KSAI  yang bertahan dengan serangan yang di buat oleh PJBB. Akhirnya KSAI berjaya menjaringkan 1 jaringan.

PERDANA, Subang City agak kecewa dengan kekalahan 0-1 ditangan M-PAYA, atas kealpaan penjaga gol membawa kekalahan Subang City. M-PAYA berjaya mengambil kesempatan dari bola muntah penjaga gol Subang City untuk mendahului 1 jaringan.


Manakala perlawanan PJFC menentang Sri Indah’A’, PJFC telah menewaskan Sri Indah’A’ dengan 1 jaringan.


Isnin, 30 April 2012

SAAT-SAAT MINIT TERAKHIR

RRI, 29 APRIL, pemergian adik Muhammad Faiz bin Abd Hakim pemain M-Paya amat dirasai oleh pemain-pemain Liga Subang. Dari semua pemain-pemain Liga Subang mengucapkan “TAKZIAH” kepada keluarga adik Muhammad Faiz bin Abd Hakim.

YB Dato' Ir. Mohammad Bushro Mat Johor menziarah jenazah
adik Muhammad Faiz Abd Hakim di Taman Paya Jaras Permai
Empat pasukan Liga perdana telah layak meneruskan keperingkat separu akhir liga. Hari ini juga hari terakhir pusingan suku akhir perdana. Sri Indah’A’ menewaskan Taman Industri 2-1, manakala PJFC menewaskan Kota Damansara 2-0.

Sri Indah ‘A’ hampir-hampir tewas ditangan Taman Industri, namun disaat-saat dua minit terakhir Sri Indah ‘A’ berjaya menyamakan jaringan. Dengan penyamaan jaringan tersebut telah mengheret Taman Industri ke masa tambahan.

Ref memberi penerangan kepada kedua-dua
belah keptan pasukan sebelum masa tambahan.

Dalam perlawanan masa tambahan ini Sri Indah ‘A’ berjaya mendapat satu jaringan, sehingga tamat masa tambahan.

Suku akhir PJFC bertemu Kota Damansara
Dimana perlawanan antara PJFC dan Kota Damansara pula, boleh dikatakan PJFC banyak membuat serangan terhadap Kota Damansara.



Sabtu, 28 April 2012

KEMALANGAN JALAN RAYA

PIHAK BLOG TELAH DIMAKLUMKAN BAHAWA SEORANG DARI PEMAIN M-PAYA MUHAMMAD FAIZ BIN ABD HAKIM TELAH KEMALANGAN JALAN RAYA SEMASA PERJALANAN MENUJU KE PADANG RRI PETANG TADI JAM 4 PETANG.

KEADAAN BELIAU AMAT KRITIKAL, BELIAU TELAH DIHANTAR KE HOSPITAL SUNGAI BULOH. KEMALANGAN BERLAKU BERHADAPAN SEKOLAH SUBANG BISTARI.

MARI KITA BERAMAI-RAMAI MENDOAKAN BELIAU AGAR TERSELAMAT DARI APA JUGA YANG BERLAKU.

HARAP MAKLUM PEMBETULAN TELAH DI BUAT, HARAP MAAF DARI PIHAK ADMIN BLOG.

Jumaat, 27 April 2012

UCAPAN TERIMA KASIH



TERIMA KASIH DARI PIHAK YB DATO IR. MUHAMMAD BUSHRO MAT JOHOR KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMBERI SOKONGAN TERHADAP "LIGA SUBANG".

PRATONTON "BLOG LIGA SUBANG" BAGI TIGA MUSIM:

2010 - PRATONTON 5122
2011 - PRATONTON 52690
2012 - PRATONTON SETAKAT 27hb. APRIL, 60660


Isnin, 23 April 2012

PERLAWANAN ADIK-BERADIK

RRI, 22 APRIL, Perlawanan suku akhir Liga Super hari ini di mulakan dengan perlawanan adik beradik, iaitu KS Ara Indah menentang Ara Utama dengan berkesudahan KS Ara Indah menumpaskan Ara Utama 2-0.

ILMAR vs Gajah Perdana
Manakala perlawana kedua antara ILMAR menentang Gajah Perdana berkesudahan seri 3-3, tendangan percuma diberi untuk menentukan kemenangan pada salah satu pasukan. Tuah menyebelahi ILMAR dengan 4 berbalas 1.

Separuh masa pertama perlawana antara ILMA dan Gajah Perdana, hampir-hampir tercetus pergaduhan. Dengan bijaksana ref membuat tindakan yang cepat untuk menyelesaikannya.

Dalam suku akhir Liga Super ini empat pasukat telah melayakkan diri keperingkat separuk akhir, iaitu:

  • SIA RRI FC
  • PJBB FC
  • KS ARA INDAH FC
  • ILMAR FC


Sabtu, 14 April 2012

GANDINGAN DUA JURULATIH

PAYA JARAS, 14 APRIL, Empat perlawanan Liga pada hari ini, dua perlawanan di Padang RRI’D’ dan dua lagi perlawanan di Padang Awam Paya Jaras Hilir.

Dipadang RRI’D’ BFC menewaskan Sri Indah PBSB dengan keputusan 2-0. Manakala perlawana kedua di padang yang sama antara Paya Jaras Barat menentang KG Melayu SBFC, dengan berkesudahan seri tampa jaringan.

Kedua-dua pasukan Paya Jaras Barat dan KG Melayu SBFC tidak layak ke peringkat seterusnya kerana berkedudukan seri dalam perlawanan hari ini. Dimana KS Ara Indah layak kepusingan seterusnya, iaitu peringkat suku akhir Liga Subang.

Unice Ara menentang PJFC
Dipadang Awam Paya Jaras Hilir pula, NEW FC telah tewas di tangan Subang City 1-4. perlawanan kedua Unice Ara juga telah tewas dengan PJFC 0-3.

Walau pun Unice Ara berkedudukan dibawah sekali dalam Liga Perdanan ‘A’, semangat kesukanan yang ditunjukkan begitu menyerlah, pemain-pemain sanggup hadir untuk menentang dalam perlawanan Liga hari ini. Beginilah semanagt yang perlu dipupuk dalam Liga Subang.

Gandingan dua jurulatih PJFC
Gandingan dua jurulatih bagi PJFC amat menyerlah bagi musin ini dalam Liga Subang. PJFC mampu menjuwarain Piala FA, dan mengekalkan kedudukan teratas dalam kumpulan Liga Perdana ‘A’.